| Bengkel NLM, MeSH dan Aplikasi MARC21 |
|
KUALA TERENGGANU - Bengkel Skim Pengkelasan National Library of Medicine, Medical Subject Headings dan Aplikasi MARC21 telah diadakan selama tiga (3) hari pada 12 - 14 Mei 2009 bertempat di Makmal Komputer 3, Universiti Darul Iman Malaysia, Kampus Kota dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ghazali bin Mat Jamil, Ketua Pustakawan Perpustakaan Universiti Darul Iman Malaysia.
Bengkel ini adalah anjuran Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Perubatan (MLG), Persatuan Pustakawan Malaysia dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Darul Iman Malaysia dan seramai 22 orang peserta telah menyertai Bengkel ini.
Bengkel tiga (3) hari ini telah memberi penumpuan kepada aspek-aspek seperti skim pengkelasan NLM, penentuan tajuk perkara menggunakan MeSH dan aplikasi MARC21.
Berita ROSNORZAINI RUSLI Gambar JABATAN PERPUSTAKAAN UDM
|








